Wednesday, August 4, 2010
Guru Pendidikan Khas
Apabila kita menjadi guru pendidikan khas, kita mencuba perkara yang lebih mencabar dan melakukan sesuatu yang istimewa. Hanya guru yang istimewa dapat mengajar murid yang istimewa!Buku ini khas bagi semua guru-guru yang terlibat dengan murid-murid pendidikan khas bagi menjana semangat yang lebih kuat, berinovasi, produktif serta berhemah tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab di dalam bidang pendidikan khas yang mencabar ini. Buku ini juga dapat dijadikan panduan kepada ibu bapa bagi mengetahui peranan yang dimainkan oleh guru dalam mendidik anak istimewa mereka.Guru pendidikan khas bertanggungjawab dalam mem-bina sikap yang positif dan memberi peluang pendidikan dan kualiti hidup yang sempurna pada murid pendidikan khas. Semoga guru pendidikan khas dapat memberi sumbangan yang optimum dan mengamalkan budaya kerja berkualiti sejajar menyahut Wawasan 2020 dalam mewujud-kan masyarakat penyayang. Ini hanya dapat direalisasikan sekiranya program pendidikan dipertingkat-kan selaras dengan potensi dan bakat murid pendidikan khas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment