Apa Itu Autisme? membawa pembaca mengenali kanak-kanak autisme dengan lebih dekat. Kehidupan kanak-kanak ini menjadi mudah apabila orang di sekelilingnya memahami dan membantunya. Antara aspek penting yang dihuraikan di dalam buku ini adalah berkaitan dengan pendidikan, penjagaan, bahasa dan pertuturan, pergaulan, tingkah laku dan sebagainya.
Kanak-kanak autisme adalah kanak-kanak yang unik. Walaupun mereka menunjukkan pelbagai tingkah laku yang berlainan, namun mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.
Buku ini khas untuk mereka yang ingin mengenali kanak-kanak autisme dengan lebih dekat. Mereka adalah kanak-kanak yang menghiburkan dan membuatkan hidup anda seronok dengan telatah dan keunikan mereka yang tersendiri. Anda akan terperanjat apabila anda melihat mereka yang didiagnoskan autisme atau mempunyai ciri-ciri autisme adalah di kalangan mereka yang termasyhur dan dikenali ramai.
No comments:
Post a Comment